Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.bah.la.bah] | لابه ٢

Definisi : sj serangga berkaki lapan yg membuat sarang dgn menyirat benang yg keluar drpd badannya (dan sarang ini dapat memerangkap mangsanya); jenis-jenisnya: ~ beruk, ~ lotong, dll; akal ~ ki pandai menipu orang; sebesar ~ ki pandai menyembunyikan kejahatan (tipu daya); akal ~, di gua buruk suka merakut prb orang jahat yg suka menipu orang; berkelahi spt ~ dlm gelas prb perkelahian hebat di tempat yg sempit; spt ~ cinta kpd telurnya prb kasih sayang atau cinta yg mendalam sekali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.bah.la.bah] | لابه ٢

Definisi : , lelabah beberapa jenis serangga berkaki lapan yg menangkap mangsanya dgn menggunakan sarangnya, spt Liphistius malayanus, Heteropoda venatoria, dan Nephila maculata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata labah-labah

Peribahasa

Akal labah-labah;
     di gua buruk suka merakut.

Bermaksud :

Orang jahat yang suka menipu orang. merakut = memasang jaring.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
invertebratinvertebrateKumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang. Contohnya, semut, cacing dan labah-labah. Lihat RajahMenengah Rendah
araknidarachnidHaiwan yang mempunyai lapan kaki dan kebanyakannya aktif pada waktu malam. Contohnya, labah-labah, kala jengking dan hama. Lihat RajahSekolah Rendah
artropodarthropodHaiwan tanpa tulang belakang yang dicirikan oleh anggota bersendi, badan bersegmen dan rangka luar. Contohnya, udang, semut, labah-labah dan lipan. Lihat RajahMenengah Rendah
penyamarancamouflagePeniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas