struktur | structure | 1. Sesuatu yang dibina atau dibentuk. 2. Bahagian daripada sesuatu binaan dan lain-lain. | Sekolah Rendah |
hipertonik | hypertonic | Larutan yang mempunyai tekanan osmosis yang lebih tinggi daripada larutan lain yang dijadikan larutan piawai. | Menengah Atas |
tanaman transgenik | transgenic crops | Tanaman yang telah diubah suai secara genetik dengan gen daripada organisma lain untuk menjadikan tumbuhan tersebut lebih produktif. | Menengah Atas |
pengurai | decomposer | Organisma seperti kulat dan bakteria yang dapat menguraikan bahan organik daripada organisma yang telah mati atau bahan kumuh daripada organisma lain menjadi bahan tak organik ringkas. | Menengah Rendah |
ciri | characteristic | Sifat yang khusus pada sesuatu haiwan, tumbuhan, manusia atau benda bukan hidup yang membezakannya daripada yang lain. Contohnya, mamalia menyusukan anaknya manakala burung tidak menyusukan anaknya. | Sekolah Rendah |
amalgam | amalgam | Aloi yang terdiri daripada campuran merkuri dengan satu atau lebih logam lain. Contohnya, aloi daripada merkuri, perak dan timah yang dahulunya digunakan untuk menampal gigi. | Menengah Atas |
dominan | dominant | Sifat yang lebih kuat pengaruhnya yang diwarisi daripada salah satu induk. Sifat ini akan menutupi sifat lain yang diwarisi daripada induk yang satu lagi. | Menengah Atas |
pengguna | consumer | Organisma yang memperoleh makanannya dengan memakan organisma lain. Pengguna terdiri daripada karnivor, herbivor, omnivor, parasit dan pembangkai. | Menengah Rendah |
ketakserasian | incompatibility | Ketidakupayaan sesuatu bahan seperti darah atau tisu badan untuk berinteraksi antara satu sama lain. Contohnya, darah daripada kumpulan B tidak boleh didermakan kepada individu daripada kumpulan O. | Menengah Rendah |
kuantiti asas | base quantity | Kuantiti fizikal yang tidak boleh diterbitkan daripada kuantiti fizik yang lain. | Menengah Atas |