kromosfera | chromosphere | Lapisan atmosfera matahari yang berada di atas lapisan fotosfera. Lapisan ini mempunyai ketebalan beribu-ribu kilometer dan berwarna jahang (merah tua). 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kutikel | cuticle | 1. Lapisan berlilin yang menyelaputi permukaan luar epidermis pada batang dan daun tumbuh-tumbuhan. 2. Bahagian luar yang keras yang menyelaputi organisma tertentu seperti artropod dan penyu. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
lapisan ozon | ozone layer | Lapisan yang ketinggiannya kira-kira 20―30 km dari permukaan bumi. Lapisan ini menyerap radiasi sinar ultraungu yang berpunca daripada sinaran matahari. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
arteri | artery | Salur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke seluruh tubuh. Dinding salur ini tebal dan mempunyai tiga lapisan yang terdiri daripada endotelium (lapisan paling dalam), otot licin dengan tisu elastin (lapisan tengah yang tebal) dan gentian kolagen (lapisan luar yang nipis). 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
korteks | cortex | 1. Bahagian atau lapisan luar organ haiwan seperti korteks kelenjar adrenal. 2. Bahagian di antara epidermis dan berkas vaskular pada batang atau akar tumbuhan. | Menengah Atas |
mantel | mantle | Lapisan tengah yang terletak di antara teras bumi dengan kerak bumi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
atmosfera | atmosphere | Lapisan yang mengandungi gas-gas yang menyelubungi bumi. Contohnya, nitrogen, oksigen dan karbon dioksida. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
dermis | dermis | Lapisan tisu bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, kelenjar peluh dan saluran limfa. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
angkasa lepas | outer space | Ruang di sebelah luar lapisan udara yang melingkungi bumi. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
korteks | cortex | Bahagian atau lapisan luar sesuatu organ. Pada tumbuhan, korteks terletak di antara epidermis dengan endodermis pada akar atau batang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |