Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larut;


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
alkanaalkaneKumpulan sebatian hidrokarbon tepu yang mengandungi hanya ikatan tunggal antara atom-atom karbon di dalam molekulnya. Alkana tidak larut dalam air, hanya larut dalam kloroform dan benzena, kurang reaktif, tetapi dapat bertindak balas dengan klorin atau bromin dengan kehadiran cahaya. Formulanya, CnH2n+2 .Menengah Atas
lipidlipidKumpulan sebatian organik yang mengandungi hidrokarbon alifatik berantai panjang. Contohnya, lemak, lilin, dan sebatian yang diterbitkan daripada lemak. Lipid tidak larut dalam air, tetapi larut dalam pelarut organik. Lipid digunakan sebagai sumber tenaga, dan merupakan juzuk penting struktur sel.Menengah Atas
larutdissolveMenjadi cair dan hancur.Sekolah Rendah
boleh larutsolublePerihal bahan pepejal yang boleh larut dalam pelarut seperti air.Menengah Rendah
zinkzincUnsur logam yang boleh larut dalam asid dan alkali tetapi tidak larut dalam air yang mempunyai takat lebur 419°C serta bertakat didih 907°C. Zink digunakan untuk membuat aloi, elektrod sel kering dan bahagian kenderaan.Menengah Rendah
kalsium hidroksidacalcium hydroxideSebatian tak organik yang berbentuk hablur putih, larut dalam air, gliserol dan asid tetapi tidak larut dalam alkohol. Kalsium hidroksida banyak digunakan untuk membuat mortar dan simen. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur mati. Formula Ca(OH)2.Menengah Rendah
gliserolglycerolCecair likat, jernih, takat beku 18°C, takat didih 290°C, larut dalam air dan alkohol tetapi tidak larut dalam eter, benzena dan kloroform. Gliserol digunakan untuk membuat plastik.Menengah Rendah
benzenabenzeneSebatian hidrokarbon aromatik, berbentuk cecair, tidak berwarna, mudah terbakar, bersifat karsinogen, larut campur di dalam alkohol, karbon tetraklorida, eter, aseton, dan asid asetik, tetapi larut sedikit di dalam air. Formulanya, C6 H6.Menengah Atas
boleh larutsolubleSifat bahan pepejal yang boleh meresap dan sebati dengan pelarut, terutamanya air.Sekolah Rendah
alkalialkaliBahan yang larut dalam air, menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit dan mempunyai nilai pH antara 8 - 14. Alkali akan membentuk garam dan air apabila bertindak balas dengan asid.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas