molar | molar | Kepekatan sesuatu larutan apabila 1 mol bahan larut dalam pelarut, menghasilkan 1 liter larutan. Contohnya, larutan molar natrium hidroksida terdiri daripada 1 mol atau 40 g pepejal natrium hidroksida, dilarutkan dalam 1 liter air suling. | Menengah Atas |
kemolaran | molarity | Bilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air. | Menengah Atas |
pH | pH | Nilai kepekatan ion hidrogen dalam larutan yang mempunyai skala pH antara 1 — 14. Nilai pH yang kurang daripada 7 merujuk kepada larutan berasid, manakala nilai pH yang lebih daripada 7 merujuk kepada larutan beralkali. Nilai pH 7 merujuk kepada larutan neutral. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sel Daniell | Daniell cell | Sel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
penuras | filter | Alat yang digunakan untuk mengasingkan pepejal daripada larutan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kertas turas | filter paper | Kertas yang digunakan untuk menapis dan mengasingkan pepejal daripada larutan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
corong turas | filter funnel | Corong yang digunakan bersama kertas turas untuk mengasingkan pepejal daripada larutan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pH | pH | Ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
elektrolisis | electrolysis | Proses penguraian sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebatian adalah dalam bentuk leburan atau larutan akueus. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kertas litmus | litmus paper | Kertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |