Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.zim] | لازيم

Definisi : telah umum (dipakai, dilakukan, dll), biasa, ghalib, selalu: hal yg seumpama itu telah ~ berlaku di England; ~nya biasanya, selalunya, umumnya; melazimkan menjadikan lazim, membiasa­kan: agama pun mengizinkan laki-laki beristeri empat dan adat pun ~nya pula; kelaziman sesuatu yg telah menjadi lazim: maka menjadi ~ bagi pihak mahkamah mem­benarkan ikat jamin kpd orang yg dituduh itu; pelaziman proses menjadikan sesuatu (tindakan, perlakuan) lazim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.zim] | لازيم

Definisi : telah umum (dilakukan, dipakai); biasa; selalu: adat yg telah ~. melazimkan menjadikan lazim; membiasakan: Kita hendaklah ~ diri bercakap dlm bahasa Melayu. kelaziman 1 sesuatu yg sudah lazim; kebiasan: Sudah menjadi ~ bagi mereka menyambut tahun baru dgn berpesta-pesta. 2 keadaan atau hal lazim: ~ bertutur dlm bahasa Melayu dpt meningkatkan pengetahuan dlm bahasa itu. pelaziman perbuatan atau hal melazimkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lazim
Rujuk :biasa

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Bermaksud :

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pengudaraanventilationProses membekalkan udara segar kepada ruang yang tertutup bagi menyegarkan, membuang dan menggantikan udara yang sedia ada. Pengudaraan lazim digunakan untuk membuang bahan cemar seperti asap, habuk atau wap serta menghasilkan persekitaran yang sihat dan selamat.Menengah Atas

Kembali ke atas