Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : biasanya, selalunya, umumnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lazimnya


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mikrosporamicrosporeSpora yang lazimnya bersaiz kecil, yang terbentuk di dalam mikrosporangium. Spora ini membentuk gametofit jantan.Menengah Atas
empulurpithBahagian tengah batang tumbuhan, yang berbentuk silinder, lazimnya lembut, dan biasanya terdiri daripada tisu parenkima. Bahagian yang dikelilingi oleh tisu vaskular ini berfungsi sebagai penyimpan makanan. Lihat RajahMenengah Atas
bahan tambahadditiveBahan yang dicampurkan ke dalam bahan utama, lazimnya pada kepekatan yang rendah untuk fungsi tertentu. Contohnya, bahan pengantioksida, bahan perencat, dan bahan awet.Menengah Atas
kwasyiorkorkwashiorkorPenyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut.Menengah Atas
kepekatanconcentrationKuantiti zat terlarut yang wujud di dalam larutan dengan isi padu tertentu, lazimnya diukur dalam mol per liter (kemolaran).Menengah Atas
isi paduvolumeUkuran ruang yang diisi oleh sesuatu jasad atau bendalir. Isi padu lazimnya diukur dalam unit meter padu atau liter.Menengah Atas
mineralmineralPepejal tak organik berhablur yang wujud secara semula jadi dalam kerak bumi. Mineral lazimnya diperoleh secara perlombongan.Menengah Rendah
sindrom TurnerTurner syndromeSindrom pada manusia yang mempunyai kromosom seks XO. Individu yang terlibat berfenotip perempuan, tetapi lazimnya mandul.Menengah Atas
euglenaeuglenaKumpulan alga hijau yang terdiri daripada satu sel berbentuk gelendong dan mempunyai vakuol yang boleh mengecut. Organisma ini lazimnya terdapat dalam air tawar yang dicemari dengan bahan organik. Nama saintifik Euglena sp. Lihat RajahMenengah Rendah
sel keringdry cellSel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat RajahMenengah Atas

Kembali ke atas