Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.bah] | لبه

Definisi : serangga kecil berkepak empat dan bersengat yg mengeluarkan waks dan madu; jenis-jenisnya: ~ betul, ~ keram, ~ lalat, dll; air (manisan) ~ air madu; ~ bergantung a) sj ukiran pd jerubung perahu; b) bentuk dagu yg cantik; c) Kl pakatan yg kukuh; spt ~, mulut bawa madu, pantat bawa sengat prb a) orang kaya yg murah hati tetapi sombong; b) perempuan yg elok paras dan tutur katanya tetapi buruk perangai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.bah] | لبه

Definisi : nama sj serangga yg bersengat dan mengumpulkan madu, Apis indica: madu (manisan) ~ air madu. ~ bergantung a. sj ukiran pd jerubung perahu. b. bentuk dagu yg cantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebah

Puisi
 

Sarang lebah nampak tergantung,
     Baik-baik jangan tersinggung;
Ingat-ingat kita di kampung,
     Jangan diagah rimau menyangkung.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Seperti lebah: mulut bawa madu,
     pantat bawa sengat.

Bermaksud :

Seorang perempuan yang elok parasnya dan manis tutur katanya, tetapi kelakuannya jahat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sengatstingBahagian tajam yang mengandungi bisa, yang terdapat pada haiwan kecil seperti lebah, lipan, dan kala jengking. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas