Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lebih-lebih;

Puisi
 

Apa lebih kepada belida,
     Sisik ada tulang pun ada;
Tak dak lebih darimu dinda,
     Bahasa ada rupa pun ada.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Ternak bergembala,
     parak berpagar.

Bermaksud :

Harta milik harus dijaga, lebih-lebih lagi anak gadis.

 

Lihat selanjutnya...(125)

30

Better death than dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah . Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(23)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
aloialloyCampuran dua jenis logam atau lebih, atau campuran logam dengan bahan bukan logam. Aloi lebih keras, lebih cantik dan tahan hakisan. Contohnya, gangsa, iaitu campuran kuprum dan stanum, manakala keluli ialah campuran besi dan karbon.Menengah Rendah
atriumatriumDua ruang yang terdapat dalam jantung manusia yang menerima darah dari vena. Pengecutan atrium menyebabkan darah tertolak ke dalam ventrikel. Dinding atrium lebih nipis dan saiznya lebih kecil berbanding ventrikel. Lihat RajahMenengah Rendah
sinar ultraunguultraviolet raySinaran elektromagnet yang mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya ungu, tetapi lebih panjang daripada sinar-X.Menengah Atas
tindak balas kimiachemical reactionPerubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas, bagi menghasilkan satu atau lebih bahan yang baharu.Menengah Rendah
super raksasasuper giantBintang yang besar dan mempunyai beribu-ribu kali lebih besar kecerahan daripada matahari dan mempunyai diameter lebih daripada 100 kali diameter bumi. Bintang super raksasa adalah dalam fasa kematian bintang.Menengah Rendah
tindak balas kimiachemical reactionPerubahan kimia yang berlaku apabila satu atau lebih bahan bertindak balas bagi menghasilkan satu atau lebih bahan yang baru.Sekolah Rendah
tindak balas penukargantiansubstitution reactionTindak balas kimia dengan satu atau lebih atom dalam molekul sebatian organik digantikan oleh satu atau lebih atom yang lain.Menengah Atas
aerofoilaerofoilStruktur berbentuk khas yang menyebabkan udara bergerak lebih laju di bahagian atasnya berbanding di bahagian bawah, menyebabkan tekanan pada bahagian atas lebih rendah daripada tekanan pada bahagian bawah. Contohnya, aerofoil sayap kapal terbang.Menengah Atas
tindak balas anabolikanabolic reactionTindak balas kimia yang berkaitan dengan penyatuan molekul yang lebih kecil untuk membentuk molekul yang lebih besar.Menengah Atas
bahan termajuadvanced materialBahan yang terhasil daripada campuran dua atau lebih bahan semula jadi atau bukan semula jadi yang mempunyai ciri yang lebih unggul seperti keliatan, kekerasan, ketahanan dan kelenturan. Contohnya, bahan binaan roket dan pakaian angkasawan. Lihat RajahMenengah Atas
12345678910...

Kembali ke atas