Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
besbaseSebatian yang berasa pahit yang menukarkan kertas litmus merah lembap kepada biru. Ia bertindak balas dengan asid untuk membentuk garam dan air.Menengah Atas
bernafasbreatheMenyedut dan menghembus udara melalui organ pernafasan seperti peparu, insang, kulit lembap dan liang pernafasan.Sekolah Rendah
hidrotropismehydrotropismGerak balas tumbuhan terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, pertumbuhan akar ke arah kawasan lembap atau berair.Menengah Rendah
kulapukmouldSejenis kulat yang menyebabkan pertumbuhan bulu halus di permukaan makanan atau pada tumbuh-tumbuhan yang lembap dan reput. Lihat RajahSekolah Rendah
amebaamoebaSejenis hidupan satu sel yang boleh berubah bentuknya. Kebanyakan ameba hidup bebas dalam air tawar dan kawasan yang lembap seperti tanah dan lumpur. Ameba merupakan salah satu daripada kelompok protozoa. Nama saintifik Amoeba sp. Lihat RajahMenengah Rendah
keratan batangstem cuttingKaedah pembiakan buatan pada tumbuhan yang melibatkan batang kecil, dan biasanya berdaun. Batang yang dipotong akan diletakkan dalam air atau pasir lembap supaya akar terbentuk, sebelum dipindahkan ke tanah. Contohnya, keratan batang pokok bunga ros. Lihat RajahSekolah Rendah
asidacidBahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidrogen (H+). Ia bersifat mengkakis, mempunyai nilai pH kurang daripada 7 dan menukarkan kertas litmus lembap biru kepada merah.Menengah Atas
hidrotropismehydrotropismPergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, akar menunjukkan hidrotropisme positif kerana tumbuh ke arah kawasan lembap atau berair, manakala hipokotilnya menunjukkan hidrotropisme negatif kerana tumbuh menjauhi air.Menengah Atas
alveolusalveolusPundi udara yang halus di dalam paru-paru tempat berlakunya pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Pada paru-paru vertebrat, rongga ini mempunyai membran yang nipis, kaya dengan rangkaian kapilari darah dan terletak di hujung bronkiol. Dindingnya yang lembap berperanan sebagai permukaan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lihat RajahMenengah Rendah

Kembali ke atas