letupan | explosion | Keadaan yang berlaku akibat pembebasan tenaga dengan cepat kerana tindak balas kimia. Contohnya, letupan bom. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Teori Letupan Besar | Big Bang Theory | Teori yang mengandaikan bahawa semua jirim dan sinaran dalam alam berpunca daripada suatu letupan besar pada suatu ketika dahulu. | Menengah Rendah |
mekanisme letupan | explosive mechanism | Cara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
supernova | supernova | Letupan yang sangat terang disebabkan bintang super raksasa yang meletup. | Menengah Rendah |
lohong hitam | black hole | Objek di cakerawala yang terbentuk daripada letupan supernova, dan mempunyai medan graviti yang terlalu kuat sehingga halaju lepasan berhampiran lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Hal ini membayangkan bahawa tiada sesuatu pun termasuk cahaya mampu melepasi gravitinya. | Menengah Rendah |
ammonia | ammonia | Gas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, bahan letupan dan baja kimia. Formula NH3. | Menengah Rendah |
asid sulfurik | sulphuric acid | Asid yang tidak berwarna, sangat mengakis dan larut dalam air. Asid ini digunakan dalam akumulator kereta, dan untuk membuat baja, bahan letupan, pewarna dan bahan pencuci. Formula H2SO4. | Menengah Rendah |
ammonia | ammonia | Gas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali yang mengandungi ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, penyediaan bahan letupan, dan untuk membuat baja kimia. Formulanya, NH3. | Menengah Atas |
nitrogen | nitrogen | Unsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N. | Menengah Rendah |