wayar bumi | earth wire | Wayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk tujuan keselamatan. Sarung penebat bagi wayar bumi berjalur hijau dan kuning. | Menengah Rendah |
kotak fius | fuse box | Bekas yang menempatkan fius bagi semua litar elektrik. | Menengah Rendah |
wayar penyambung | connecting wire | Wayar yang menghubungkan komponen-komponen dalam litar elektrik. | Sekolah Rendah |
perintang boleh ubah | variable resistor | Perintang yang boleh mengawal aliran arus elektrik dalam litar elektrik. Contohnya, penggunaan pada alat ubah bunyi radio atau televisyen. | Menengah Rendah |
perintang | resistor | Komponen elektrik yang mengawal jumlah aliran arus elektrik dalam litar elektrik. | Menengah Rendah |
wayar bumi | earth wire | Wayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk mengelakkan renjatan elektrik bagi tujuan keselamatan. Sarung penebat wayar bumi berjalur hijau atau kuning. Lihat Rajah | Menengah Atas |
litar lengkap | complete circuit | Litar elektrik dari kutub positif bateri melalui alat elektrik dan kembali semula ke kutub negatif bateri yang membenarkan pengaliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
pemutus litar | circuit-breaker | Alat untuk menghentikan aliran arus elektrik akibat litar pintas atau kebocoran elektrik. | Menengah Rendah |
pemutus litar miniatur | miniature circuit breaker (MCB) | Alat keselamatan untuk melindungi perkakas elektrik dan pengguna. Alat ini memutuskan bekalan elektrik secara automatik sekiranya berlaku kebocoran elektrik atau litar pintas. | Menengah Rendah |
litar tertutup | closed circuit | Litar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. | Menengah Rendah |