Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.lar.ma.lar] | مالر٢

Definisi : lebih-lebih lagi, malahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
angsanaangsanaPokok tinggi malar hijau yang berdaun lebat dan bunganya berwarna kuning. Angsana banyak tumbuh di negara kita dan kawasan Asia Tenggara. Buahnya kecil, ringan dan bersayap serta disebarkan oleh angin. Kayu angsana digunakan untuk membuat perabot. Lihat RajahSekolah Rendah
homoiotermahomoiothermHaiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada pengaruh suhu persekitaran. Homoioterma umumnya disebut haiwan berdarah panas. Contohnya, burung dan mamalia.Menengah Rendah
keabadian tenagaconservation of energyJumlah tenaga dalam sesuatu sistem adalah malar. Tenaga hanya boleh berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain.Menengah Atas
haiwan berdarah panaswarm blooded animalsHaiwan yang boleh mengekalkan suhu badan yang malar dan tidak dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Contohnya, haiwan daripada kumpulan mamalia.Menengah Rendah
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju. Pecutan objek bergantung pada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut yang mempunyai jisim malar. Semakin besar daya yang dikenakan terhadap objek tersebut, semakin tinggi pecutan objek itu.Menengah Rendah
hukum OhmOhm lawHukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor Ohm adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan yang merentasi konduktor Ohm tersebut dengan syarat suhu dan semua sifat fiziknya malar.Menengah Atas

Kembali ke atas