Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ma.lia] | ماماليا

Definisi : (Bio) haiwan bertulang belakang, ba­dannya berbulu, jantungnya terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ma.lia] | ماماليا

Definisi : kumpulan binatang yg suhu badannya tetap dan biasanya menyusui anak-anaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mamalia


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mamaliamammalHaiwan vertebrat yang mempunyai ciri-ciri seperti badan yang berbulu, mempunyai kelenjar susu dan induk betina yang melahirkan dan menyusukan anak.Menengah Rendah
mamalia berplasentaplacental mammalMamalia yang mempunyai plasenta untuk melahirkan anak. Contohnya, manusia.Menengah Atas
fetusfoetusEmbrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas.Menengah Rendah
platipusplatypusHaiwan mamalia yang berbulu tebal dan berwarna perang, mempunyai paruh seperti itik, berkaki renang, berekor leper dan bertelur. Lihat RajahSekolah Rendah
primatprimateKumpulan mamalia, antaranya termasuklah orang utan, monyet dan manusia.Menengah Atas
penghibernatanhibernationPeringkat kebanyakan mamalia invertebrat dan vertebrat peringkat rendah menyesuaikan diri pada musim sejuk dengan cara merehatkan diri dan tidur untuk merendahkan kadar metabolisme. Contoh haiwan yang mengalami penghibernatan ialah beruang kutub.Menengah Rendah
jejunumjejunumBahagian usus kecil mamalia yang terletak di antara duodenum dengan ileum. Penyerapan hasil pencernaan banyak berlaku di bahagian ini.Menengah Atas
pentermokawalaturanthermoregulationMekanisme yang mengawal atur suhu tubuh mamalia dan unggas supaya tetap walaupun suhu persekitaran berubah-ubah. Mekanisme ini dilakukan dengan menyeimbangkan kehilangan dan kemasukan haba dari atau ke dalam tubuh.Menengah Atas
amnionamnionMembran nipis yang menyelaputi embrio reptilia, burung dan mamalia. Amnion mengandungi cecair yang menyokong dan melindungi embrio atau fetus.Menengah Rendah
peluhsweatCecair masin dan tidak berwarna yang dirembes oleh kulit mamalia untuk menyejukkan badan. Lihat RajahSekolah Rendah
123

Kembali ke atas