bahan | material | Sesuatu yang digunakan untuk membuat objek. Contohnya, logam, kayu dan getah. | Sekolah Rendah |
bahan penyerap | absorbent material | Bahan yang boleh menyerap cecair. Contohnya, tuala dan tisu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bahan magnet | magnetic material | Objek yang dapat ditarik oleh magnet. | Sekolah Rendah |
bahan termaju | advanced material | Bahan yang terhasil daripada campuran dua atau lebih bahan semula jadi atau bukan semula jadi yang mempunyai ciri yang lebih unggul seperti keliatan, kekerasan, ketahanan dan kelenturan. Contohnya, bahan binaan roket dan pakaian angkasawan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
bahan semula jadi | natural material | Bahan yang berasal daripada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan tanah serta wujud secara semula jadi di alam. Contohnya, arang batu dan petroleum. | Sekolah Rendah |
bahan bukan magnet | non-magnetic material | Objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet. Contohnya, getah, plastik dan kayu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |