Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dium] | ميديوم

Definisi : (médium) 1. orang yg menjadi peng­antara antara orang halus dgn manusia biasa, orang yg dimasuki oleh orang halus; 2. bahan atau sesuatu yg menjadi perantara bagi meng­hasilkan sesuatu kesan; 3. (Bio) bahan atau persekitaran yg menjadi tempat tinggal (tum­buh) sesuatu organisma; bermediumkan menggunakan sesuatu (ba­hasa) sbg medium: ~ bahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dium] | ميديوم

Definisi : /médium/ 1 orang yg menjadi perantara antara orang halus dgn manusia biasa; orang yg sedang menurun. 2 ist bahan tempat sesuatu tindak balas berlaku; tempat sesuatu berlaku atau wujud: Kadar tindak balas dipengaruhi oleh kepekatan dan suhu ~ tindak balas itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata medium


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mediummediumBahan yang menjadi pengantara bagi menghasilkan sesuatu kesan atau tindak balas.Menengah Rendah
pembiasanrefractionPerubahan arah cahaya atau gelombang apabila ia merambat dari satu medium ke medium yang berlainan ketumpatannya.Menengah Atas
medium kulturculture mediumBahan nutrien, bahan organik atau bahan tak organik yang digunakan untuk pembiakan mikroorganisma, tisu tumbuhan atau haiwan di dalam kultur.Menengah Rendah
sudut gentingcritical angleSudut tuju bagi cahaya yang bergerak dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan menghasilkan sudut biasan 90°.Menengah Atas
pantulan dalam penuhtotal internal reflectionPantulan cahaya apabila ia merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat dengan sudut tujunya melebihi sudut genting. Lihat RajahMenengah Atas
kultur tisutissue cultureKaedah pertumbuhan dalam medium pengkulturan berzat di luar organisma. Contohnya, bahagian daripada pucuk atau akar tumbuhan boleh dikultur dalam medium yang sesuai untuk menghasilkan pertumbuhan sel baharu.Menengah Atas
interneuroninterneuroneNeuron yang berfungsi sebagai medium perhubungan di antara neuron aferen dan neuron eferen.Menengah Atas
pembiasanrefractionProses perambatan cahaya melalui dua medium yang berbeza ketumpatan optiknya. Proses ini menyebabkan berlakunya perubahan arah dan halaju cahaya.Menengah Rendah
pantulanreflectionProses pembalikan gelombang di dalam medium asal apabila gelombang terkena dengan suatu permukaan.Menengah Rendah
bentuk gelombangwaveformCorak gelombang yang merambat dalam medium fizikal.Menengah Atas
12

Kembali ke atas