tenaga | energy | Keupayaan untuk melakukan kerja. Tenaga disukat dalam unit joule, J. | Menengah Rendah |
tenaga | energy | Keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja. | Sekolah Rendah |
kaedah | method | Cara atau peraturan melakukan sesuatu. | Sekolah Rendah |
mesin | machine | Alat yang digunakan untuk melakukan sesuatu kerja dengan lebih mudah. | Menengah Rendah |
get logik | logic gate | Litar yang melakukan operasi logik. Litar logik mempunyai satu atau lebih input dan satu output. Get-get asas ialah get ATAU, get DAN, get TAK, serta gabungan get-get asas seperti get TAK ATAU dan get TAK DAN. | Menengah Atas |
mesin | machine | Alat atau perkakasan yang membolehkan kita melakukan sesuatu kerja dengan mudah, cepat dan selesa. | Sekolah Rendah |
had keupayaan | limitation | Tahap kemampuan bagi manusia untuk melakukan sesuatu. Contohnya, kemampuan untuk melihat dari jarak jauh. | Sekolah Rendah |
tempat tinggal | home | Tempat manusia atau haiwan berlindung dan melakukan aktiviti seharian seperti tidur, makan, membiak dan berkumuh. Contohnya, rumah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
organ | organ | Bahagian atau struktur sesuatu benda hidup untuk melakukan sesuatu fungsi khusus. Contohnya, ginjal dan peparu. | Sekolah Rendah |
mesin ringkas | simple machine | Alat atau perkakas yang membantu melakukan sesuatu kerja dengan mudah dan cepat. Contohnya, takal atau satah condong. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |