sistole | systole | Fasa atau tempoh pengecutan jantung. Sistole atrium melibatkan pengecutan atrium untuk menghantar darah ke dalam ventrikel. Sistole ventrikel pula melibatkan pengecutan ventrikel untuk menghantar darah ke seluruh badan. | Menengah Atas |
mekanisme pernafasan | breathing mechanism | Mekanisme pertukaran gas oleh badan yang melibatkan kemasukan oksigen dari atmosfera ke dalam paru-paru dan pembebasan karbon dioksida dari paru-paru ke atmosfera. Mekanisme ini melibatkan penyedutan dan penghembusan udara keluar dari badan. | Menengah Rendah |
ekosistem | ecosystem | Sistem yang melibatkan hubungan antara komuniti organisma dengan persekitarannya. | Menengah Rendah |
metabolisme | metabolism | Proses biokimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup. | Menengah Atas |
fotokimia | photochemistry | Bidang ilmu yang melibatkan rangsangan aktiviti kimia dengan menggunakan cahaya. | Menengah Atas |
sistem pencernaan | digestive system | Sistem yang melibatkan pemasukan makanan ke dalam salur pencernaan, pemecahan molekul makanan dan penyerapan nutrien. | Menengah Rendah |
pertunasan | budding | Proses pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan unjuran atau tunas pada tumbuhan yang matang. Pembentukan individu baharu terhasil daripada tunas yang tertanggal daripada induk. | Menengah Rendah |
penguraian | decomposition | Proses perubahan kimia yang melibatkan pemecahan satu bahan yang kompleks menjadi bahan yang lebih ringkas. Contohnya, penguraian air menghasilkan oksigen dan hidrogen. | Menengah Rendah |
pembiakan seks | sexual reproduction | Pembiakan yang melibatkan penyatuan gamet jantan dengan gamet betina untuk membentuk zigot. | Menengah Rendah |
kitar oksigen | oxygen cycle | Kitaran yang melibatkan pengambilan, penggunaan dan pengembalian oksigen dalam atmosfera secara berterusan. | Menengah Rendah |