Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.baur.kan] | ممباءورکن

Definisi : 1. = menyebaurkan mencampurkan, mengadukkan, mencampuradukkan: jangan dibaurkan tepung beras dgn tepung gandum; 2. = memperbaurkan membiarkan bercampur (bergaul): tidak baik ~ laki-laki dgn perempuan begitu rupa; 3. = memperbaurkan ki mengahwinkan: orang tuanya hendak ~ dia dgn sepupunya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.baur.kan] | ممباءورکن

Definisi : 1 menjadikan berbaur; mencampuradukkan: Dia sedang ~ ketiga-tiga jenis gas itu dlm sebuah kelalang. 2 membiarkan bergaul (bercampur): Kegiatan kebudayaan spt itu dpt ~ masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 3 mengahwinkan; menikahkan: Ayahnya telah ~ dia dgn seorang doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaurkan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hempedubileBendalir berwarna hijau yang dirembeskan oleh hati, berasa pahit dan disimpan dalam pundi hempedu untuk membantu membaurkan lemak semasa proses pencernaan makanan.Menengah Rendah

Kembali ke atas