Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1. memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian: ~ kayu api; serambut dibelah tujuh kecil sekali, sedikit sekali; 2. menukarkan keadaan, memecahkan: satu letupan ~ kesunyian malam; halilintar ~ bumi (udara) sangat kuat bunyinya; 3. bp membedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.lah] | ممبله

Definisi : 1 memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membelah

Puisi
 

Cik Ali membelah kundur,
     Kundur terletak atas papan;
Apa jadi saya tak undur,
     Tumpah darah atas papan.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Bagai membelah betung.

Bermaksud :

Pendirian yang berat sebelah. (Peribahasa lain yang sama makna: Memijakkan betung sebelah).

 

Lihat selanjutnya...(13)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bajiwedgeObjek yang runcing pada satu hujungnya dan digunakan untuk merenggangkan atau membelah sesuatu. Contohnya, kapak. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas