pengutuban | polarization | Proses membenarkan cahaya lalu pada satu satah sahaja dengan menggunakan polaroid. | Menengah Atas |
penebat | insulator | Bahan yang tidak membenarkan arus elektrik atau haba mengalir melaluinya. Kebanyakan bahan bukan logam merupakan penebat yang baik. Contohnya, kaca. | Menengah Rendah |
kekonduksian | conductivity | Keupayaan bahan untuk membenarkan cas elektrik atau haba melaluinya dengan mudah. | Menengah Rendah |
injap | valve | Sebarang struktur yang membenarkan aliran bendalir dalam satu arah sahaja dan berkebolehan menutup tiub atau saluran bagi mengelakkan aliran bendalir bergerak ke arah bertentangan. | Menengah Rendah |
lut sinar | transparent | Sifat bahan yang membenarkan semua cahaya melaluinya. Contohnya, cermin pintu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
lut cahaya | translucent | Sifat bahan yang membenarkan sebahagian cahaya sahaja melaluinya. Contohnya, cermin mata hitam. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
litar tertutup | closed circuit | Litar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya. | Menengah Rendah |
elektrod | electrode | Konduktor pepejal biasanya logam atau karbon yang diletakkan dalam elektrolit untuk membenarkan arus elektrik keluar masuk semasa elektrolisis. | Menengah Rendah |
penolakan cahaya berwarna | subtraction of coloured light | Proses yang apabila turas warna hanya membenarkan satu warna sahaja boleh melaluinya. | Menengah Atas |
litar bersiri | series circuit | Litar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |