Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ber.sih.kan] | ممبرسيهکن

Definisi : 1. menjadikan sesuatu bersih (dgn cara membasuh, menyapu, dll): ~ longkang; ~ sayur-sayuran sebelum dimasak; 2. menjadikan bersih (drpd sifat-sifat keji, tidak baik), menyucikan: ~ diri drpd segala dosa; 3. ki menjadikan bersih (bebas drpd anasir yg tidak dikehendaki), membebaskan: ~ jabatan-jabatan kerajaan drpd amalan rasuah; ~ bandar itu drpd sarang kongsi gelap; 4. menghapuskan anggapan (tuduhan dll) yg tidak baik pd diri seseorang: ~ nama yg tercemar oleh fitnah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ber.sih.kan] | ممبرسيهکن

Definisi : membasuh supaya bersih; mencuci (menyapu, mengemas dsb) supaya bersih: Pagi-pagi lagi ia sudah bangun dan terus ~ biliknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membersihkan

Peribahasa

Busuk daging dikincah,
     dimakan;
busuk ikan,
     dibuang.

Bermaksud :

Bagaimana sekalipun kejahatan saudara atau keluarga itu, tiada sampai hati menyalahkannya seperti kita menyalahkan orang lain. kincah = mengirai cucian dalam air, membersihkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
wul kelulisteel woolGumpalan benang keluli yang sangat halus, yang digunakan untuk membersihkan sesuatu peralatan. Lihat RajahSekolah Rendah
spanspongeObjek berliang-liang halus yang diperbuat daripada getah, yang boleh digunakan untuk membersihkan sesuatu objek. Lihat RajahSekolah Rendah
wul kapascotton woolBahan lembut yang berwarna putih dan diperbuat daripada kapas mentah. Wul kapas biasanya digunakan untuk membersihkan luka. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas