Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.be.sar] | ممبسر

Definisi : 1. nampak besar: tiba-tiba saya terhenti, di dlm gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya; 2. menjadi besar: tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup spt makan, bernafas, dan ~; 3. berlagak spt orang besar, meyombong, bongkak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.be.sar] | ممبسر

Definisi : menjadi besar; bertambah besar: Tiap-tiap benda yg hidup pasti akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membesar

Peribahasa

Air setitik dilautkan,
     tanah seketul digunungkan.

Bermaksud :

Membesar-besarkan perkara yang kecil. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekepal menjadi gunung, setitik menjadi laut).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
batang rayaprunnerBatang yang bertunas dan membesar secara mendatar di atas tanah atau air. Contohnya, batang pokok labu dan kiambang. Lihat RajahSekolah Rendah
primordium daunleaf primordiaPucuk yang tumbuh dari meristem apeks yang akan membesar menjadi daun.Menengah Atas
proses hiduplife processProses yang dilakukan oleh benda hidup seperti bernafas, bergerak, membesar, membiak, berkumuh dan bergerak balas terhadap rangsangan.Sekolah Rendah
jidal akarroot capStruktur yang menutupi dan melindungi hujung akar apabila akar membesar dan tumbuh ke dalam tanah.Menengah Atas
benda hidupliving thingBenda yang boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, manusia, haiwan, tumbuhan dan mikroorganisma.Sekolah Rendah
habitathabitatTempat tinggal organisma. Ia mempunyai keperluan seperti makanan, ruang untuk membiak dan membesar, serta perlindungan.Menengah Atas
rizomrhizomeBatang yang tumbuh secara mendatar di bawah tanah yang menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom membesar dan akan membentuk tumbuhan baharu secara pembiakan vegetatif (pembiakan tampang). Contohnya, kunyit dan halia. Lihat RajahMenengah Rendah
benda bukan hidupnon-living thingBenda yang tidak boleh bernafas, bergerak, berkumuh, bergerak balas terhadap rangsangan, membesar dan membiak. Contohnya, kertas dan pensel.Sekolah Rendah
pembelahan deduabinary fissionPembiakan aseks yang berlaku secara pembahagian sel induk yang matang, untuk membentuk dua sel anak. Setiap anak sel itu akan membesar menjadi induk. Kebanyakan organisma unisel, seperti ameba, membiak secara pembelahan dedua.Menengah Atas
dinding sel primerprimary cell wallDinding pertama sel yang terdiri daripada selulosa mikrofibril yang dibentuk dengan pelbagai orientasi, dapat dilihat melalui mikroskop elektron, yang terbentuk apabila sel sedang membesar.Menengah Atas

Kembali ke atas