Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mer.lu.kan] | ممرلوکن

Definisi : 1. menjadikan perlu, memesti­kan, mewajibkan: ibu bapa digesa supaya ~ pelajaran bagi anak-anak mereka; 2. meng­hendaki (menghajatkan) sangat-sangat, mahu benar-benar: negara kita ~ banyak lagi doktor dan jurutera; 3. membuat sesuatu kerana memikir lebih perlu drpd perkara (kerja) lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mer.lu.kan] | ممرلوکن

Definisi : 1 menjadikan perlu; mewajibkan; memestikan: Kita tidak boleh ~ apa-apa yg sunat. Ada orang yg lebih ~ pakaian drpd makanan. 2 menghendaki atau menghajati benar-benar: Negara kita masih ~ sejumlah besar doktor dan jurutera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perlu (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mesti: wajib, harus patut, tidak boleh tidak, hendaklah, terpaksa, pasti, tentu,

2. Bersinonim dengan berguna: berfaedah, bermanfaat, mustahak, penting,

Kata Terbitan : memerlukan, keperluan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
anaerobanaerobicOrganisma yang tidak memerlukan oksigen untuk kehidupan dan perkembangannya.Menengah Atas
tabung didihboiling tubeAlat yang digunakan untuk eksperimen yang memerlukan pemanasan.Menengah Rendah
pengangkutan pasifpassive transportPengangkutan bahan dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah, yang tidak memerlukan tenaga.Menengah Atas
pengangkutan aktifactive transportPengangkutan bahan dari kawasan yang berkepekatan rendah ke kawasan berkepekatan tinggi yang memerlukan protein pembawa dan tenaga.Menengah Atas
resapan berbantufacilitated diffusionPergerakan bahan melalui membran plasma dengan bantuan protein pembawa atau protein liang dari kawasan berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan yang rendah dan tidak memerlukan tenaga.Menengah Atas

Kembali ke atas