Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cam.pur.kan] | منچمڤورکن

Definisi : 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cam.pur.kan] | منچمڤورکن

Definisi : 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengum­pulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besar­nya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencampurkan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
warna sekundersecondary colourWarna yang diperoleh dengan mencampurkan dua atau lebih warna utama cahaya.Menengah Atas
ujian iodiniodine testUjian untuk mengesan kehadiran kanji. Ujian dilakukan dengan mencampurkan satu atau dua titik larutan iodin ke dalam sampel yang akan diuji. Pembentukan warna biru tua menunjukkan kehadiran kanji dalam sampel tersebut.Menengah Rendah
pentitratantitrationKaedah untuk menentukan kepekatan sesuatu isi padu suatu larutan dengan mencampurkan larutan lain yang diketahui isi padunya melalui buret secara perlahan-lahan sehingga takat akhir dicapai dengan bantuan penunjuk.Menengah Rendah

Kembali ke atas