ligasi | ligation | Kaedah mencegah kehamilan dengan cara memotong dan mengikat tiub Fallopio. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
antiseptik | antiseptic | Bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit, luka dan alatan pembedahan. Contohnya, iodin, alkohol dan asid borik. | Menengah Rendah |
antibodi | antibody | Bahan yang terbentuk dalam darah dan dapat mencegah pembiakan atau pemusnahan bakteria. | Sekolah Rendah |
antibiotik | antibiotic | Bahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh mencegah pembiakan atau menghapuskan mikroorganisma lain. | Sekolah Rendah |
fluorida | fluoride | Sebatian yang mengandungi fluorin dengan unsur lain. Fluorida biasanya dicampurkan dengan ubat gigi untuk mencegah karies gigi. | Menengah Rendah |
pelawas | roughage | Makanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna, seperti selulosa. Pelawas boleh membantu mencegah sembelit dan mengelakkan kanser usus. Makanan yang kaya dengan pelawas ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. | Menengah Atas |
alat kontraseptif dalam rahim (IUCD) | intrauterine contraceptive device (IUCD) | Alat yang dipasang di dalam rahim wanita bagi mencegah kehamilan. | Menengah Rendah |
kondom | condom | Alat pencegah kehamilan untuk lelaki, diperbuat daripada getah atau membran semula jadi. Alat ini juga digunakan untuk mencegah penyakit kelamin. | Menengah Rendah |
kuarantin | quarantine | Tempat atau tempoh pengasingan sementara manusia, haiwan atau tumbuhan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan lain. Keadaan ini biasanya bertujuan untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit. | Sekolah Rendah |