Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Bermaksud :

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
stetoskopstethoscopeAlat yang digunakan untuk mendengar bunyi dalam badan seperti bunyi degupan jantung dan pernafasan.Menengah Rendah
pendengaran stereofonikstereophonic hearingKeupayaan untuk mendengar menggunakan kedua-dua telinga bagi menentukan arah bunyi dengan tepat.Menengah Rendah
pendengaranhearingProses menggunakan telinga untuk mendengar.Menengah Rendah
deriasenseStruktur atau organ yang digunakan untuk menyentuh, melihat, mendengar, menghidu dan merasa dengan lidah.Sekolah Rendah

Kembali ke atas