Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menam­pik, mendaga, menolak (cadangan dll), me­nyang­gah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperi­kemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-per­atur­an bekerja ini akan didera; 6. meng­hadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angina; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nen.tang] | مننتڠ

Definisi : 1 memandang tepat-tepat pd sesuatu; menatap: Lapang hatinya dpt ~ wajah anak yg dikasihinya itu. 2 melawan atau memerangi musuh dll: Banyak perajurit yg telah terkorban dlm peperangan ~ musuh. 3 ki tidak menyetujui pendapat, usul dll; tidak mematuhi peraturan, undang-undang dsb; menyanggah; membangkang: Tiada sesiapa yg berani ~ usulnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Banting-banting tumbuhlah damit,
     Disukat bahagian panjang;
Pengantin lagi damit,
     Ibu bapanya akan menentang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Rugi menentang laba,
     jerih menentang boleh.

Bermaksud :

Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan. (Peribahasa lain yang sama makna: Jerih menentang boleh, rugi menentang laba).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
daya geseranfrictional forceDaya yang menentang arah gerakan sesuatu objek, memberhentikan atau memperlahankan objek. Lihat RajahSekolah Rendah
inersiainertiaSifat jasad yang cuba menentang perubahan keadaan asalnya sama ada pegun atau bergerak.Menengah Atas
rintanganresistanceKeupayaan sesuatu bahan untuk mengehadkan atau menentang aliran arus elektrik.Menengah Rendah
rintangan dalaminternal resistanceRintangan yang terdapat di dalam sumber tenaga elektrik seperti sel, dinamo, atau akumulator untuk menentang gerakan cas.Menengah Atas

Kembali ke atas