Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : menangkap buaya dgn tali alir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1. bergerak berterusan (bkn air, cecair, tenaga elektrik, dll): air sungai ~ ke laut; darah ~ keluar drpd luka di kepala­nya; 2. bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit, meleleh (bkn air mata, peluh, dll): air matanya ~ juga dlm suram-suram cahaya; 3. bergerak melalui atau menerusi kawat (bkn arus atau tenaga elektrik); 4. bergerak keluar atau masuk (dr sebuah negara ke negara lain dsb), berpindah banyak-banyak (ke negara atau tempat lain): emas ~ ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir] | مڠالير

Definisi : 1 bergerak maju perlahan-lahan (ttg benda-benda cair): Air sungai ~ ke laut. 2 bergerak perlahan-lahan dan sedikit-sedikit (spt air mata dll); meleleh: Peluhnya ~ membasahi bajunya. 3 bergerak melalui atau menerusi kawat (ttg tenaga elektrik). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalir

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari telaga yang jernih,
     tak akan mengalir air yang keruh.

Bermaksud :

Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
bendalirfluidBahan mengalir seperti cecair atau gas.Menengah Rendah
bendalirfluidBahan mengalir seperti cecair atau gas, yang berubah-ubah bentuknya mengikut bentuk bekas yang mengandunginya.Menengah Atas
kelikatanviscosityKerintangan bendalir yang mengalir disebabkan geseran dalaman antara lapisan-lapisan bendalir yang bergerak.Menengah Atas
aliran darahbloodstreamPergerakan darah yang mengalir melalui sistem peredaran darah suatu organisma.Menengah Rendah
arus terusdirect currentArus elektrik yang mengalir dalam arah yang sehala dan dihasilkan daripada sumber seperti bateri.Menengah Atas
arus aruhaninduced currentArus elektrik yang mengalir dalam konduktor yang terhasil daripada gerakan relatif magnet dan konduktor.Menengah Atas
haidmenstruationPeluluhan lapisan dinding uterus yang menyebabkan darah mengalir melalui faraj secara berkala.Menengah Rendah
penebatinsulatorBahan yang tidak membenarkan arus elektrik atau haba mengalir melaluinya. Kebanyakan bahan bukan logam merupakan penebat yang baik. Contohnya, kaca.Menengah Rendah
litar tertutupclosed circuitLitar lengkap yang membenarkan arus elektrik mengalir melaluinya.Menengah Rendah
elektrolisiselectrolysisProses penguraian sebatian kepada unsur-unsurnya apabila arus elektrik mengalir melaluinya. Sebatian adalah dalam bentuk leburan atau larutan akueus. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas