Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.li.li.ngi] | مڠليليڠي

Definisi : 1. berada (bergerak) di sekitar sesuatu tempat dll, melingkari, mengedari: lima orang pemuda sedang ~ meja itu; bumi ~ matahari; 2. menjelajah; ~ dunia pergi (berkunjung) ke tempat-tempat sekeliling dunia, menjelajah dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.li.li.ngi] | مڠليليڠي

Definisi : 1 berada, bergerak atau beredar di sekitar sesuatu: Bintang, bulan dan bumi beredar ~ matahari. Semuanya duduk ~ ketua pasukan. 2 menjelajahi: ~ dunia pergi ke tempat-tempat di seluruh dunia; menjelajahi dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keliling (kata nama)
1. Bersinonim dengan lilitan: lingkungan, litaran, lingkaran,

Kata Terbitan : berkeliling, mengelilingi, pekeliling,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
peredaranrevolutionProses pergerakan sesuatu objek secara mengelilingi sesuatu. Contohnya, peredaran bumi mengelilingi matahari. Lihat RajahSekolah Rendah
tonoplastonoplastMembran yang mengelilingi vakuol sel tumbuhan.Menengah Atas
sel pengawalguard cellSel yang mengelilingi stoma pada epidermis tumbuhan. Sel ini mengawal saiz bukaan stoma apabila perubahan kesegahan sel berlaku. Sel ini mengandungi kloroplas. Lihat RajahMenengah Rendah
kometcometJasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari dan meninggalkan kesan ekor yang bercahaya.Menengah Rendah
kelenjar prostatprostate glandKelenjar yang mengelilingi bahagian bukaan uretra lelaki atau mamalia jantan, yang merembeskan cecair bernutrien. Lihat RajahMenengah Rendah
asteroidasteroidJasad kecil berbatu yang mengelilingi Matahari, terutamanya di antara orbit Marikh dengan Musytari.Menengah Rendah
putaranrotationProses gerakan secara berpusing mengelilingi suatu titik tetap. Lihat RajahSekolah Rendah
persekitaran dalamaninternal environmentBendalir yang mengelilingi sel-sel hidup dalam organisma multisel, yang terdiri daripada bendalir luar sel plasma darah dan bendalir limfa.Menengah Atas
planetplanetSebarang jasad cakerawala yang beredar mengelilingi matahari atau bintang.Menengah Rendah
planetplanetObjek angkasa lepas yang beredar mengelilingi matahari pada orbitnya. Contohnya, Zuhal dan Musytari. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas