galvanometer | galvanometer | Alat untuk mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
elektroskop | electroscope | Alat untuk mengesan kehadiran cas elektrik dan mengenal pasti jenis cas. Contoh elektroskop ialah kerajang emas. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
ujian iodin | iodine test | Ujian untuk mengesan kehadiran kanji. Ujian dilakukan dengan mencampurkan satu atau dua titik larutan iodin ke dalam sampel yang akan diuji. Pembentukan warna biru tua menunjukkan kehadiran kanji dalam sampel tersebut. | Menengah Rendah |
penglihatan | sight | Keupayaan untuk melihat atau mengesan cahaya. | Menengah Rendah |
penglihatan | sight | Keupayaan untuk melihat atau mengesan cahaya melalui mata. | Sekolah Rendah |
ujian Benedict | Benedict’s test | Ujian untuk mengesan kehadiran gula penurunan seperti glukosa, fruktosa dan maltosa. Mendakan merah bata terbentuk apabila larutan yang mengandungi gula penurunan dipanaskan bersama larutan Benedict. | Menengah Rendah |
organ deria | sensory organ | Organ yang dapat mengesan rangsangan kerana kehadiran sel-sel saraf. Contohnya, mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. | Menengah Rendah |
air kapur | limewater | Larutan kalsium hidroksida yang digunakan untuk mengesan kehadiran gas karbon dioksida. Apabila gas karbon dioksida dilalukan ke dalam air kapur, keladak putih kalsium karbonat akan terbentuk. | Menengah Rendah |
reseptor | receptor | Organ deria atau sel saraf yang berfungsi untuk mengesan rangsangan. | Menengah Atas |
reseptor haba | heat receptor | Sel saraf dalam kulit yang berfungsi untuk mengesan perubahan suhu di persekitaran. | Menengah Rendah |