Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya; ~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gu.lung] | مڠݢولوڠ

Definisi : 1 membuat sesuatu menjadi bergulung; melipat sesuatu menjadi bulat torak bentuknya: Pak Dol ~ rokok daunnya. 2 melilitkan tali dsb pd gelendong; mengumpar: ~ tali. 3 menamatkan sesuatu ucapan dll; menyudahi perbahasan dll: Tiap-tiap peserta diberi masa lima minit utk ~ syarahannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggulung

Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(4)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
variasi tak selanjardiscontinuous variationVariasi yang menunjukkan perbezaan yang ketara. Contohnya, jenis darah, kebolehan menggulung lidah, dan bentuk cuping telinga.Menengah Atas

Kembali ke atas