Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gu.na.kan] | مڠݢوناکن

Definisi : 1 melakukan sesuatu dgn; mengambil sesuatu utk sesuatu tujuan: Mereka telah mengambil buah itu dgn ~ pengait. 2 mengambil faedah atau manfaat drpd sesuatu; memakai sesuatu yg dpt memberi guna: Sekarang orang ~ tenaga elektrik utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggunakan

Peribahasa

Mengepit kepala harimau.

Bermaksud :

Menggunakan kekuasaan orang lain untuk menakut-nakuti orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Memakai kulit harimau).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
mata kasarnaked eyePandangan menggunakan mata biasa tanpa menggunakan sebarang alatan seperti mikroskop atau kanta tangan.Sekolah Rendah
kawalan biologibiological controlKawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut.Menengah Rendah
autotrofautotrophOrganisma yang membina makanannya sendiri dengan menggunakan bahan tak organik yang ringkas, seperti karbon dioksida, nitrogen, dan hidrogen sulfida. Contohnya, fototrof, tumbuhan hijau, yang menggunakan sumber tenaga matahari, dan kemotrof.Menengah Atas
pendengaranhearingProses menggunakan telinga untuk mendengar.Menengah Rendah
fototrofphototrophOrganisma yang menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga untuk mensintesiskan bahan organik, seperti karbohidrat dan protein, daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan klorofil dan pelbagai enzim yang terdapat dalam kloroplas. Contohnya, tumbuhan hijau.Menengah Atas
bioteknologibiotechnologyPembangunan teknik yang menggunakan proses-proses biologi dalam penghasilan bahan untuk perubatan dan perindustrian.Menengah Rendah
penglihatan stereoskopikstereoscopic visionPenglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berada di hadapan kepala. Penglihatan ini menghasilkan imej tiga dimensi dan jarak dapat dianggarkan dengan tepat tetapi medan penglihatannya sempit. Haiwan pemangsa biasanya mempunyai penglihatan stereoskopik. Lihat RajahMenengah Rendah
penglihatan monokularmonocular visionPenglihatan yang menggunakan kedua-dua belah mata yang berkedudukan di sisi kepala. Medan penglihatan amat luas tetapi jarak tidak dapat dianggar dengan tepat. Lihat RajahMenengah Rendah
penyalaiansmokingProses mengawet bahan makanan menggunakan asap. Asap boleh membunuh bakteria dan mikroorganisma, mengeringkan dan juga memberikan rasa kepada makanan. Contohnya, ikan salai dan pisang salai. Lihat RajahSekolah Rendah
pengasinansaltingProses mengawet bahan makanan menggunakan garam. Contohnya, ikan masin.Sekolah Rendah
123456

Kembali ke atas