Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ha.pus.kan] | مڠهاڤوسکن

Definisi : 1. menghilangkan dgn me­nyapu: ~ conteng pd dinding; 2. meng­hilangkan, meluputkan, meniadakan, mem­banteras, membasmi: ada beberapa jalan utk ~ penyakit; berjuang utk ~ penjajahan; ~ musuh; 3. menganggap telah hapus, meng­ang­gap telah tidak ada lagi, mengampuni (dosa dll): segala hutangnya dihapuskan apabila ia bersetuju menyerah­kan segala kekuasa­annya; semua barang yg lama lebih baik dihapuskan drpd perjanjian kita; mudah-mudahan Yang Dipertuan akan ~ dosaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ha.pus.kan] | مڠهاڤوسکن

Definisi : 1 menjadikan hapus; menghilangkan dgn menggosok dll: ~ conteng di dinding. 2 menjadikan tiada; meniadakan; menghilangkan; melenyapkan; membasmi (penyakit): Mereka berunding dan mencari ikhtiar utk menghalau dan ~ semua tikus itu. 3 memberi ampun; memaafkan; meng­ampunkan: Mudah-mudahan Allah akan ~ dosanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pelupusan sisawaste disposalProses menghapuskan bahan buangan atau lebihan yang tidak boleh digunakan.Sekolah Rendah
antibiotikantibioticBahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh mencegah pembiakan atau menghapuskan mikroorganisma lain.Sekolah Rendah
sel darah putihwhite blood cellSel darah yang berfungsi melawan penyakit dengan cara menghapuskan mikroorganisma dalam badan. Sel ini tidak mempunyai bentuk yang tetap tetapi mengandungi nukleus.Menengah Rendah

Kembali ke atas