replikasi | replication | Proses menghasilkan salinan yang sama. Contohnya, molekul DNA menghasilkan salinan yang sama bagi dirinya. | Menengah Atas |
pengeluar | producer | Organisma yang menghasilkan makanannya sendiri. Contohnya, tumbuh-tumbuhan hijau menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. | Menengah Rendah |
meiosis | meiosis | Pembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid. | Menengah Atas |
penjana Van de Graaff | Van de Graaff generator | Penjana yang berupaya menghasilkan kuantiti cas elektrik yang tinggi. Alat ini digunakan untuk menghasilkan cas elektrostatik. | Menengah Rendah |
pertanian | agriculture | Proses menghasilkan tumbuhan dan haiwan yang berguna kepada manusia. Proses ini melibatkan penanaman, pembiakbakaan serta pengurusan tanaman dan ternakan. | Menengah Rendah |
pengklonan | cloning | Proses menghasilkan sekumpulan sel atau organisma yang serba serupa dari segi genetik yang terhasil daripada sel induk melalui pembiakan aseksual. | Menengah Rendah |
pembiakan | reproduction | Proses menghasilkan individu baharu bagi memastikan sesuatu spesies tidak pupus. | Menengah Rendah |
pengklonan | cloning | 1. Proses menghasilkan sekumpulan sel atau organisma seperti bakteria, serangga atau tumbuhan yang seiras dari segi genetik melalui pembiakan aseksual. 2. Proses yang digunakan untuk membuat salinan serpihan DNA, sel atau organisma. | Menengah Atas |
mikrosporangium | microsporangia | Sporangium yang menghasilkan mikrospora pada tumbuhan heterospora, contohnya mikrosporangium pada paku pakis. | Menengah Atas |
kemandulan | sterility | Ketidakupayaan organisma untuk menghasilkan anak atau keturunan. | Menengah Rendah |