Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1. menjadikan berhu­bung­an (berangkaian, bersambungan), me­nyam­­bungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memper­hubung­kan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhu­bung­kan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn seke­luarga orang perantauan lain; 4. menjadi­kan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hu.bung.kan] | مڠهوبوڠکن

Definisi : 1 menjadikan berhubung; mencantumkan; menyambungkan: garisan lurus yg ~ dua titik. Sebatang jalan kereta api ~ bandar Johor Bahru dgn Kuala Lumpur. 2 menjadikan bersatu atau bergabung: Dia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita di kampungnya. 3 mengaitkan sesuatu (perkara dll) dgn yg lain; mempertali­kan: Dia telah ~ kisah itu dgn kejadian yg berlaku. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
uretraurethraSalur yang menghubungkan pundi kencing ke luar tubuh. Salur ini juga mengalirkan mani pada lelaki.Menengah Rendah
plasentaplacentaStruktur yang menghubungkan ibu dengan fetus dalam uterus. Dalam plasenta, salur darah fetus berada berhampiran dengan salur darah ibu dan ini membolehkan fetus mendapatkan nutrien dan oksigen serta menyingkirkan bahan kumuh melalui salur darah ibu.Menengah Rendah
suisswitchAlat yang menghubungkan atau memutuskan arus elektrik. Lihat RajahSekolah Rendah
paksiaxisGaris bayangan yang menghubungkan kutub utara dan kutub selatan. Lihat RajahSekolah Rendah
wayar bumiearth wireWayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk tujuan keselamatan. Sarung penebat bagi wayar bumi berjalur hijau dan kuning.Menengah Rendah
InternetInternetRangkaian komputer yang boleh menghubungkan antara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat di seluruh dunia.Menengah Rendah
wayar penyambungconnecting wireWayar yang menghubungkan komponen-komponen dalam litar elektrik.Sekolah Rendah
wayar bumiearth wireWayar yang menghubungkan litar elektrik dengan bumi untuk mengelakkan renjatan elektrik bagi tujuan keselamatan. Sarung penebat wayar bumi berjalur hijau atau kuning. Lihat RajahMenengah Atas
plasentaplacentaOrgan endokrin sementara yang menghubungkan ibu dengan janin, dan menghasilkan hormon progesteron dan estrogen. Plasenta berfungsi untuk memindahkan nutrien kepada janin dan mengeluarkan hasil buangan janin ke dalam edaran darah ibu.Menengah Atas
neuron perantaraanrelay neuroneNeuron yang menghubungkan isyarat daripada neuron deria ke neuron motor.Menengah Atas
12

Kembali ke atas