musim | season | Suatu tempoh tetap yang berlaku dalam setahun mengikut perubahan iklim. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
asteroid | asteroid | Batuan dan logam yang berterbangan di angkasa lepas dan beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya sendiri. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alat piawai | standard tool | Alat yang telah ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pembaris atau pita pengukur digunakan untuk mengukur panjangnya sesuatu objek. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
alat tidak piawai | non-standard tool | Alat yang tidak ditentukan ukurannya mengikut ketetapan sistem piawai antarabangsa. Contohnya, pensel digunakan untuk mengukur panjang sesuatu objek. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
cecair | liquid | Bahan yang mempunyai jisim, isi padu yang tetap dan tidak mempunyai bentuk tetap tetapi mengikut bentuk bekasnya. Contohnya, air. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
zodiak | zodiac | Garisan melengkung khayalan di langit yang terbahagi kepada 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama dua belas buruj. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hablur | crystal | Bahan pepejal yang mempunyai bentuk yang kukuh disebabkan atom atau molekulnya tersusun mengikut pola tertentu secara teratur. Contohnya, hablur sulfur monoklinik dan hablur kuprum sulfat. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
dadah | drug | Bahan yang digunakan dalam ubat-ubatan untuk menahan sakit, merawat dan menyembuhkan penyakit. Dadah akan mendatangkan bahaya jika diambil lebih daripada sukatan atau tidak mengikut kaedah yang ditetapkan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |