Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : menjadikan (sesuatu spt beg, botol, dll) berisi, memasukkan sesuatu supaya berisi, memuatkan atau mengambil tempat (ruang dsb) di sesuatu supaya berisi: ~ botol dgn air; buku-buku utk ~ perpustakaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.si] | مڠيسي

Definisi : memberi berisi; membuat sesuatu supaya berisi: ~ guni dgn beras. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
isi (kata nama)
1. Bersinonim dengan kandungan: muatan, kargo,

2. Bersinonim dengan inti sari: inti pati, pati, sari,

3. Bersinonim dengan daging

Kata Terbitan : seisi, berisi, mengisi, mengisikan,

Puisi
 

Ambil karung mengisi ruas,
     Pengikatnya pula tali guni;
Adik turut hamba tak puas,
     Cuma abang tak insafkan diri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Mengisi perian bobos.

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan hasil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengisi gantang pesuk). bobos = berlubang besar.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jirimmatterBahan yang mengisi ruang dan mempunyai jisim. Jirim yang berbeza mempunyai struktur yang berbeza. Jirim wujud dalam tiga keadaan, iaitu pepejal, cecair dan gas.Menengah Rendah
bikarbeakerBekas yang digunakan untuk mengisi cecair.Menengah Rendah
kelalangflaskBekas yang diperbuat daripada kaca untuk mengisi cecair, yang digunakan semasa eksperimen di dalam makmal.Menengah Rendah
mangkuk pijarcrucibleBekas yang diperbuat daripada porselin, digunakan untuk mengisi bahan yang akan dilebur atau dibakar.Menengah Rendah
gasgasJirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah.Menengah Rendah
bikarbeakerBekas kaca yang berbentuk silinder, berbibir, tidak bertutup dan biasanya digunakan untuk mengisi cecair. Lihat RajahSekolah Rendah
kelalang dasar leperflat bottom flaskKelalang yang rata pada bahagian dasarnya dan digunakan untuk mengisi cecair.Menengah Rendah
kelalang konconical flaskKelalang yang berbentuk kon dengan leher yang sempit dan dasar yang leper, dan digunakan untuk mengisi cecair.Menengah Rendah
heliumheliumGas yang tidak mudah terbakar, sangat ringan dan tidak reaktif dari segi kimia. Helium diperoleh daripada pencairan gas asli dan digunakan untuk mengisi belon udara.Menengah Rendah

Kembali ke atas