Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ning.kat] | منيڠکت

Definisi : 1. menginjak (tangga dll) utk naik ke atas, memanjat (pokok dll), menaiki (basikal dll): sedang mentuanya membawa perian dan labu ke pancuran, Basanai ~ pintu itu; 2. mencapai tingkat (angka dll), naik (meninggi, mengatas, dll), bertambah banyak (hebat, penting, dll): perbelanjaan utk pendidikan ~ dr setahun ke setahun; dgn ini jumlah kematian telah ~ ke angka 79 orang; keriangannya ~ dan ia berdiri mem­beri pidato tanpa rancangan; 3. berubah dlm keadaan (masa dll) yg lain: apabila ~ dewasa anak itu menjadi seorang pahlawan muda yg gagah berani; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ning.kat] | منيڠکت

Definisi : 1 bertambah banyak; naik sedikit demi sedikit; naik makin tinggi: Suhu badan­nya ~ drpd 100oF kpd 103oF. 3 ber­ubah menjadi peristiwa atau keadaan lain: Semenjak ia ~ dewasa, perangainya sudah ber­tam­bah baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
transformertransformerPeranti yang meningkat atau menurunkan voltan arus ulang-alik tanpa mengubahkan frekuensinya. Transformer terdiri daripada teras besi jati yang dililit dengan wayar untuk membentuk dua jenis gegelung, iaitu gegelung primer dan gegelung sekunder. Lihat RajahMenengah Atas
lonjakan pertumbuhangrowth spurtProses pertumbuhan yang berlaku apabila kadar pertumbuhan meningkat secara mendadak.Menengah Rendah
pemanasan globalglobal warmingFenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan.Menengah Rendah

Kembali ke atas