percambahan | germination | Perkembangan awal embrio biji benih menjadi anak benih, atau spora menjadi tumbuhan yang muda, dalam sekitaran yang sesuai, iaitu dengan adanya air, oksigen, dan suhu yang sesuai. Lihat Rajah | Menengah Atas |
larut | dissolve | Menjadi cair dan hancur. | Sekolah Rendah |
medium | medium | Bahan yang menjadi pengantara bagi menghasilkan sesuatu kesan atau tindak balas. | Menengah Rendah |
spora | spore | Sel pembiakan yang berkembang menjadi individu tanpa pensenyawaan dengan sel pembiakan bagi tumbuh-tumbuhan. Contohnya, paku pakis dan cendawan. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kemeruapan | volatility | Keupayaan sesuatu bahan bertukar menjadi gas atau wap. | Menengah Atas |
arteriosklerosis | arteriosclerosis | Keadaan dinding arteri yang menjadi keras, tebal dan hilang kekenyalan. | Menengah Atas |
arang | charcoal | Bahan daripada kayu yang diproses menjadi bahan bakar berwarna hitam, keras dan rapuh. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rektifikasi | rectification | Proses menukarkan arus ulang-alik menjadi arus terus. | Menengah Atas |
proses pereputan | decaying process | Penguraian bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia. | Menengah Atas |
takat lebur | melting point | Suhu ketika sesuatu pepejal menjadi cecair. Takat lebur ais adalah pada suhu 0°C. | Menengah Rendah |