proses pereputan | decaying process | Penguraian bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia. | Menengah Atas |
osteoporosis | osteoporosis | Penyakit yang berlaku apabila ketumpatan dan kualiti tulang berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam diet. Tulang menjadi lebih berliang dan rapuh. Lihat Rajah | Menengah Atas |
keradioaktifan | radioactivity | Proses pereputan spontan nukleus yang tidak stabil menjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif. | Menengah Atas |
pencernaan | digestion | Proses pemecahan molekul makanan yang kompleks oleh enzim pencernaan menjadi molekul yang lebih kecil supaya dapat diserap dan digunakan oleh sel badan. | Menengah Rendah |
penguraian | decomposition | Proses perubahan kimia yang melibatkan pemecahan satu bahan yang kompleks menjadi bahan yang lebih ringkas. Contohnya, penguraian air menghasilkan oksigen dan hidrogen. | Menengah Rendah |
plankton | plankton | Organisma halus yang terapung-apung di dalam air dan menjadi sumber makanan yang penting kepada organisma akuatik yang lebih besar seperti ikan paus. | Menengah Rendah |
alkali | alkaline | Bahan yang larut dalam air dan menghasilkan ion hidroksida (OH–). Ia menukarkan kertas litmus merah menjadi biru, berasa pahit, dan mempunyai nilai pH yang lebih daripada 7. Alkali bertindak balas dengan asid membentuk garam dan air. | Menengah Atas |