[me.nya.dur] | مڽادور
Definisi : 1. menyalut (melapis) dgn logam (emas, timah, dll), menyepuh: kasa dawai dibuat drpd dawai besi yg disadur dgn timah; 2. mengarang atau mengolah kembali cerita dll yg isinya diambil drpd cerita lain: hingga sekarang pun masih ada pengarang yg ~ cerita-cerita drpd bahasa asing; 3. mengolah kembali (hasil penyelidikan dll), mengikhtisarkan; laksana barang yg disadur prb tidak tahan uji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nya.dur] | مڽادور
Definisi : sabung; ayam ~ ayam yg dipelihara utk disabung. bersabung 1 berlaga; beradu: ayam ~ ayam berlaga. 2 sedang mengadu atau sedang memperlagakan (ayam dsb): ~ ayam. 3 ki berlanggar antara satu dgn yg lain; berlawan; bertempur: ombak ~ ombak berlanggaran. 4 ki bertemu (bkn pandangan dll): ~ mata bertemu mata; berpandang-pandangan; saling memandang. menyabung 1 membuat supaya berlaga; mengadu (ayam): Ia asyik ~ ayam dan berjudi saja. 2 ki membuat sesuatu yg membahayakan diri: ~ nyawa menempuh bahaya yg sangat besar. ~ untung a. membuat sesuatu dgn tidak berharap mesti berjaya; berserah kpd nasib. b. pergi ke mana-mana utk mencari rezeki; membawa nasib. sabung-menyabung saling melanggar dgn hebatnya; berlanggar-langgaran: Maka turunlah hujan dgn lebatnya serta kilat ~. sabungan apa-apa yg disabung atau diadukan. persabungan 1 perbuatan atau hal bersabung. 2 tempat menyabung ayam. 3 ki hal bertempur; pertempuran. penyabungan perbuatan (hal dsb) menyabung. penyabung orang yg suka menyabung (ayam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)