Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ré.ba/] | مريبق

Definisi : 1. menjalar-jalar, menular-nular (penyakit), tersebar atau ter­siar merata-rata (berita dll): penyakit cacar ~ di seluruh negeri; berita itu sudah ~ sampai ke mana-mana; 2. menjangkit, meluas, me­rembet (api dll): dlm beberapa ketika sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana; perang ini lebih dahsyat dan nanti ~ ke sini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ré.ba/] | مريبق

Definisi : meleleh air matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ré.ba/] | مريبق

Definisi : , merebakkan memecahkan dan meruntuhkan (batu, tanah): di mana-mana sahaja sungai air batu itu mengalir, maka bahagian gunung itu direbakkannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ré.ba/] | مريبق

Definisi : 1 menjalar atau menular (bkn penyakit): Penyakit cacar mudah ~. 2 tersiar ke merata-rata (bkn berita dsb): Berita itu telah ~ ke mana-mana. 3 berjangkit (bkn api, peperangan dll); meluas: Peperangan di Vietnam diharapkan tidak akan ~ ke negara-negara Asean. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebak1
Kata Terbitan : merebak, merebak, merebakkan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
berjangkitcontagiousKeadaan penyakit yang merebak dari seorang ke seorang. Contohnya, demam campak.Sekolah Rendah
wabakepidemicPenularan suatu penyakit yang merebak dengan cepat di kalangan penduduk sesuatu tempat. Contohnya, taun dan cacar.Sekolah Rendah
kansercancerPenyakit yang disebabkan oleh pembahagian sel yang tidak terkawal. Kanser mudah merebak ke bahagian tubuh yang lain.Menengah Rendah
kansercancerSejenis penyakit ketumbuhan yang berbahaya di dalam atau di luar badan, yang disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal, tidak terkawal dan sering kali merebak dan merosakkan bahagian lain.Menengah Atas

Kembali ke atas