kelenjar peluh | sweat gland | Kelenjar yang merembeskan peluh. Kelenjar ini terdapat pada hampir keseluruhan permukaan badan manusia dan primat peringkat tinggi, tetapi amat kurang pada mamalia lain. | Menengah Rendah |
kelenjar liur | salivary gland | Kelenjar yang merembeskan air liur di dalam mulut. | Menengah Rendah |
vesikel semen | seminal vesicle | Kelenjar yang berfungsi merembeskan cecair yang mengandungi sperma dan bahan bernutrien, yang dihasilkan oleh individu lelaki atau haiwan jantan. Vesikel ini juga bertindak sebagai tempat simpanan sementara sperma. | Menengah Rendah |
kelenjar endokrin | endoctrin gland | Kelenjar tanpa duktus yang merembeskan hormon. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sel goblet | goblet cell | Sel epitelium yang mensintesis dan merembeskan mukus. Sel ini terdapat dengan banyak pada vertebrata, terutamanya pada saluran usus dan saluran pernafasan mamalia, dan pada epidermis ikan. | Menengah Atas |
hati | liver | Organ yang terbesar dalam badan vertebrata, dan berfungsi merembeskan hempedu ke dalam salur makanan. Pada manusia, organ ini terletak di sebelah kanan rongga abdomen, di bawah diafragma. | Menengah Atas |
sistem endokrin | endocrine system | Sistem yang terdiri daripada kelenjar endokrin yang merembeskan hormon secara langsung ke dalam darah. | Menengah Rendah |
kelenjar tiroid | thyroid gland | Kelenjar endokrin yang terdapat pada leher vertebrata yang merembeskan hormon tiroid. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kelenjar adrenal | adrenal gland | Kelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina. | Menengah Atas |
pankreas | pancreas | Kelenjar yang terletak di antara limpa dengan duodenum di bawah perut. Kelenjar ini merembeskan enzim pencernaan seperti amilase, lipase dan tripsin, serta hormon seperti insulin dan glukagon. Lihat Rajah | Menengah Rendah |