Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1. menjadikan rugi, men­datang­kan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ per­usa­haan itu berpuluh-puluh juta ringgit; ber­juta-juta ringgit hasil petani telah di­rugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja me­rugi: kerana menerima ceng­keram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. mem­­bawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali ber­niat hendak ~ hidupmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.gi.kan] | مروݢيکن

Definisi : 1 menyebabkan rugi; mendatangkan rugi: Pemogokan itu telah ~ syarikat tsb berjuta-juta ringgit. 2 membawa atau mendatangkan sesuatu yg tidak baik: Tidaklah ~ jika ia terus belajar di sekolah malam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rugi (adjektif)
Bersinonim dengan bankrap, muflis, tidak untung;,
Kata Terbitan : berugi, merugi, merugikan, kerugian,

Peribahasa

Seperti gajah putih ditambat.

Bermaksud :

Seseorang yang merugikan orang yang memeliharanya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
komensalismecommensalismHubungan antara dua organisma yang hanya memberikan faedah kepada satu pihak sahaja dan tidak merugikan pihak yang satu lagi.Menengah Rendah

Kembali ke atas