[mé.ta.mor.fo.sis] | ميتامورفوسيس
Definisi : (métamorfosis) 1. (Bio) perubahan sepenuhnya bentuk fizikal dll yg berlaku dlm kitaran hidup sesuatu organisma (mis perubahan kepompong menjadi kupu-kupu); 2. ki perubahan besar atau sepenuhnya: utk mendapatkan yg baru, sesuatu itu perlu mengalami ~; bermetamorfosis mengalami metamorfosis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mé.ta.mor.fo.sis] | ميتامورفوسيس
Definisi : /métamorfosis/ ist (proses) pertukaran atau perubahan struktur dan tabiat haiwan semasa membesar secara normal (spt drpd berudu menjadi katak atau drpd beluncas menjadi kupu-kupu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)