meter joule | joule meter | Alat yang digunakan untuk mengukur tenaga elektrik dalam unit joule (J). | Menengah Atas |
meter | metre | Unit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi mengukur panjang. Singkatannya, m. | Menengah Rendah |
meter | metre | Unit piawai antarabangsa bagi ukuran panjang. Simbolnya, m. | Sekolah Rendah |
tekanan | pressure | Daya per unit luas. Tekanan diukur dalam unit newton per meter persegi, N/m2 atau pascal, Pa. | Menengah Rendah |
unit asas | base unit | Unit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg). | Menengah Atas |
panjang | length | Jarak di antara dua titik. Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi panjang ialah meter. Simbol m. | Menengah Rendah |
unit piawai | standard unit | Unit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat. | Sekolah Rendah |
ketumpatan | density | Jisim per unit isi padu sesuatu bahan yang dinyatakan dalam unit S.I., kilogram per meter padu. | Menengah Rendah |
isi padu | volume | Ukuran ruang yang menempatkan sesuatu jasad atau jisim bendalir. Isi padu diukur dalam unit meter padu, m3 atau liter, l. | Menengah Rendah |
isi padu | volume | Ukuran ruang yang diisi oleh sesuatu jasad atau bendalir. Isi padu lazimnya diukur dalam unit meter padu atau liter. | Menengah Atas |