minuman bergas | gaseous drink | Minuman ringan yang mengandungi karbonat dan sebahagiannya tidak beralkohol. | Sekolah Rendah |
minuman beralkohol | alcoholic drinks | Minuman yang mengandungi alkohol yang dihasilkan daripada proses penapaian. | Sekolah Rendah |
pemanis | sweetener | Bahan berkalori rendah yang digunakan sebagai pengganti gula untuk memaniskan minuman dan makanan. Bahan ini digunakan untuk memberi rasa manis kepada minuman tanpa menambahkan kalori dalam bentuk gula. Contohnya, aspartame. | Menengah Atas |
pembotolan | bottling | Proses mengawet bahan makanan dengan cara makanan atau minuman tersebut dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan dalam botol kedap udara. | Sekolah Rendah |
penyahgaraman | desalination | Proses penyingkiran garam dari air laut atau tanah untuk tujuan tertentu. Proses ini membolehkan air laut digunakan sebagai minuman, sementara tanah yang berkenaan dapat digunakan sebagai kawasan tanaman tertentu. | Menengah Rendah |
karbon dioksida | carbon dioxide | Gas yang terdapat dalam atmosfera, tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil semasa proses respirasi, pereputan dan pembakaran sebatian organik. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol dan sebagai bahan penyejukbekuan. | Menengah Rendah |