Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1. alat utk menimbang (yg lengannya sama panjang), sj dacing; 2. timbangan, dacing: alat yg digunakan utk mencari beratnya sesuatu benda itu dinamakan ~; ~ spring timbangan yg menggunakan spring; 3. Id catatan perbandingan wang masuk dan wang keluar (untung rugi dll) oleh sesuatu badan perniagaan dll, timbangan kira-kira; 4. per­bandingan berat (kuat dll), pertimbangan: ~ kekuatan; ~ pembayaran Id perbandingan antara penerimaan dan pengeluaran wang (dlm perniagaan antarabangsa); ~ perdagang­an Id perbandingan antara eksport dan import (oleh sesebuah negara); ~ palingan bungkal, hati palingan Tuhan prb fikiran atau pendirian seseorang itu boleh berubah-ubah; ~ yg palingan, bungkal yg piawai prb perihal hakim yg adil hukuman­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ne.ra.ca] | نراچ

Definisi : 1 alat penimbang yg berdaun dua dan lengannya sama panjang (pd daunnya yg sebelah diletakkan barang dan pd daun yg sebelah lagi diletakkan batu penimbang). 2 sesuatu yg diguna­kan utk menimbang. ~ spring neraca yg memakai spring. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
neraca (kata nama)
1. Bersinonim dengan dacing: alat timbang, penimbang, mizan,

2. Bersinonim dengan perimbangan: perbandingan, kadar, nisbah, nilai.,


Peribahasa

Neraca palingan Allah,
     mata palingan setan.

Bermaksud :

Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah. (Biasa juga: Teraju palingan tali, manusia palingan Tuhan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
neraca tuaslever balanceAlat yang digunakan untuk mengukur jisim objek yang akan diangkat menggunakan tuas. Alat ini dikenali juga sebagai dacing tuil. Lihat RajahMenengah Rendah
neraca tiga alurtriple beam balanceAlat untuk mengukur jisim sesuatu bahan. Lihat RajahMenengah Rendah
neraca tuaslever balanceAlat yang digunakan untuk mengukur jisim objek. Lihat RajahSekolah Rendah
neraca springspring balanceSejenis alat penimbang yang menggunakan spring untuk menyukat berat. Unitnya, newton. Lihat RajahSekolah Rendah
neraca inersiainertial balanceRadas yang digunakan untuk menentukan hubung kait antara jisim dengan inersia. Lihat RajahMenengah Atas
neraca springspring balanceNeraca yang digunakan untuk menimbang berat sesuatu bahan.Menengah Rendah
dacing tuillever balanceLihat neraca tuas.Sekolah Rendah

Kembali ke atas