nitrogen | nitrogen | Unsur bukan logam yang tidak berwarna, tidak berbau dan wujud dalam bentuk gas secara semula jadi dalam atmosfera. Komposisi gas nitrogen di atmosfera ialah 78%. Nitrogen digunakan dalam penyediaan asid nitrik, ammonia, bahan letupan dan digunakan sebagai bahan penyejuk dan antipengoksida. Simbol N. | Menengah Rendah |
pengikatan nitrogen | nitrogen fixation | Proses pengikatan gas nitrogen oleh bakteria (Rhizobium sp.) dalam nodul akar tumbuhan yang menukarkannya kepada bentuk sebatian nitrat. | Menengah Atas |
pendenitratan | denitrification | Proses mengubah nitrat kepada bentuk gas nitrogen, yang dilakukan secara semula jadi oleh kebanyakan mikroorganisma. | Menengah Atas |
komponen | component | Bahagian yang membentuk sesuatu bahan atau sistem. Contohnya, nitrogen merupakan komponen penting bagi protein. | Menengah Rendah |
atmosfera | atmosphere | Lapisan yang mengandungi gas-gas yang menyelubungi bumi. Contohnya, nitrogen, oksigen dan karbon dioksida. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
hujan asid | acid rain | Hujan yang terbentuk apabila gas sulfur dioksida, karbon oksida dan nitrogen dioksida terlarut di dalamnya. | Menengah Atas |
protein | protein | Sebatian organik yang terdapat dalam organisma hidup yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen, nitrogen serta sulfur. Protein berfungsi sebagai enzim, hormon, membaiki tisu badan yang rosak dan pertumbuhan. | Menengah Rendah |
minyak mentah | crude oil | Campuran kompleks hidrokarbon yang diekstrak daripada bumi dan mengandungi sedikit sebatian sulfur, nitrogen dan oksigen. Minyak mentah wujud dalam bentuk cecair likat berwarna perang gelap yang mudah terbakar. | Menengah Rendah |
autotrof | autotroph | Organisma yang membina makanannya sendiri dengan menggunakan bahan tak organik yang ringkas, seperti karbon dioksida, nitrogen, dan hidrogen sulfida. Contohnya, fototrof, tumbuhan hijau, yang menggunakan sumber tenaga matahari, dan kemotrof. | Menengah Atas |
kesan rumah hijau | green house effect | Kesan yang berlaku dalam atmosfera disebabkan kehadiran sesetengah gas seperti karbon dioksida dan oksida nitrogen yang menyerap radiasi inframerah. | Menengah Atas |